Bahasa yang terindah

puisi-cinta-bersama1.jpg

PUISI CINTA KENANGAN BERSAMA.

Pada sekuntum mawar yang mekar
dan air sungai yang mengalir
disitu ku lihat
terukir wajah mu
dan tertulis….
kesah cinta kita berdua.

Sebuah nostalgia yang lalu
tidak mudah untuk ku lupakan
dan maseh ku simpan erat-erat
didalam sebuah potret
wajah kita bersama.

 puisi-cinta-pendek.jpg

PUISI CINTA PENDEK.

Sekuntum bunga mawar terletak diatas meja
ditepinya ada sekeping surat berisi puisi cinta
dan secawan teh yang masih panas ada disebelahnya.
suasana sepi sebentar.
begitu hening.

aku tidak sempat memandang itu semua
kerana terlalu sibuk
dan kerana sudah terlambat untuk pergi bekerja.

Sekuntuk bunga mawar dan puisi cinta masih disitu juga

Leave a Reply