Archive for the Politik Category

Anwar latang mari ma

Posted in Politik on May 21, 2008 by boy28

 

PAS sedia hadapi perkembangan mengejut

Posted in Politik on May 21, 2008 by boy28

KOTA BHARU: Penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS perlu bersedia menghadapi perkembangan mengejut berikutan langkah bekas orang nombor satu Umno, Tun Dr Mahathir keluar dari parti itu, Isnin lepas.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, situasi terbaru itu tidak mustahil memberi kesan kepada senario politik negara dalam tempoh terdekat.

“Tindakan Dr Mahathir dan (Tan Sri) Sanusi Junid itu merupakan perkembangan baru dalam politik tanah air.

“Saya berharap ahli PAS lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku berdasarkan perkembangan terbaru ini,” katanya.

Anggota Exco kerajaan negeri itu tidak menafikan pengumuman bekas perdana menteri untuk keluar dari parti yang dipimpinnya selama 22 tahun agak mengejutkan walaupun beliau sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

Husam tidak menafikan keputusan Mahathir keluar Umno memberikan tanda positif kepada PAS.

“Keputusan Mahathir itu menjadikan ramalan saya selama ini benar belaka.

“Saya sudah menjangkakan keadaan ini akan berlaku. Ia memberikan tanda positif kepada PAS.

“(Tidak mustahil) kita untuk menghadapi satu pilihan raya baru,” tambah beliau.

Mengenai keputusan Mahathir yang enggan menyertai mana-mana parti politik walaupun beliau keluar Umno, Husam berkata PAS tetap akan membuka pintu kepada mantan perdana menteri itu.

“PAS memberi peluang kepada Mahathir untuk menyertai kita sekiranya beliau berminat, tiada sebab untuk kita menghalang. Bila-bila masa beliau boleh menyertai PAS,” jelasnya.

Isnin lepas Mahathir membuat pengumuman mengejut keluar dari Umno berikutan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu yang diterajui Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam kenyataannya Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

Sekeping gambar seribu makna

Posted in BN, Politik on May 21, 2008 by boy28

Apabila saya melihat gambar-gambar ini di dada-dada akhbar hari ini hati kecil saya berbisik, inilah Raja sebenar yang berjiwa rakyat. Sesungguhnya rakyat Malaysia dahagakan pemimpin apalagi Raja yang dapat menyelami hati sanubari rakyat. Bergembera dengan rakyat diwaktu senang, bersusah dan berduka bersama ketika waktu susah dan nestapa.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berada sejak jam 1 petang semalam di HKL bagi menunggu ketibaan helikopter yang membawa mayat wira-wira negara yang terkorban dalam nahas Nuri Jumaat lepas. Saya tidak nafikan ada juga pimpinan lain yang hadir. Tetapi wajah kedua Tuanku mencerminkan betapa ikhlas dan concern nya mereka terhadap nasib rakyatnya. Yang terpancar dari wajah mereka tidak pula kelihatan pada yang lain.

Saya percaya terserlah wajah sejuk Raja kita kerana Raja Permaisuri Agong sememangnya mengenakan pakaian menepati syariat Islam yang sememangnya sesuai untuk semua OCCASSION atau majlis. (Tak perlulah nak berselendang memenuhi syarat hanya apabila ada kematian atau upacara keagamaan, kalau di lain tempat selendang entah ke mana.) cakap tak serupa bikin laut tu, enti iban parai nyampau bc ati siru ka iban.

Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi

Posted in Politik on May 21, 2008 by boy28

randau diambi ari kaban ku… aku pun enda nemu, tang enggai jauh ketingal pasal sida rock tu?

BETUL ke ada teori Datuk Seri Anwar untuk jadi Perdana Menteri dalam beberapa bulan lagi?”

Jumlah kerusi parlimen di Malaysia yang ditandingi berjumlah 222 kerusi. BN menang 140 kerusi. Pembangkang dapat sebanyak 82 kerusi (iaitu Kadilan 31, DAP 28 dan PAS 23). Untuk menjadikan pembangkang kuasai parlimen dan menukar PM sekarang kepada PM pembangkang, ialah melalui perlunya pembangkang dapat lebih kerusi dari BN.

Setakat ini, BN lebih 58 kerusi (iaitu 140 kerusi BN ditolak 82 kerusi pembangkang) dari pembangkang. Kalau pembangkang boleh dapatkan lebih separuh dari 58 kerusi  tersebut , sekurang-kurangnya 30 kerusi BN di‘curi’ oleh pembangkang, menjadikan BN peroleh 110 dan pembangkang dapat 112 kerusi, barulah Pak Lah akan tersungkur dari kerusi PM. Itulah teorinya!”