PAS sedia hadapi perkembangan mengejut

KOTA BHARU: Penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS perlu bersedia menghadapi perkembangan mengejut berikutan langkah bekas orang nombor satu Umno, Tun Dr Mahathir keluar dari parti itu, Isnin lepas.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, situasi terbaru itu tidak mustahil memberi kesan kepada senario politik negara dalam tempoh terdekat.

“Tindakan Dr Mahathir dan (Tan Sri) Sanusi Junid itu merupakan perkembangan baru dalam politik tanah air.

“Saya berharap ahli PAS lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku berdasarkan perkembangan terbaru ini,” katanya.

Anggota Exco kerajaan negeri itu tidak menafikan pengumuman bekas perdana menteri untuk keluar dari parti yang dipimpinnya selama 22 tahun agak mengejutkan walaupun beliau sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

Husam tidak menafikan keputusan Mahathir keluar Umno memberikan tanda positif kepada PAS.

“Keputusan Mahathir itu menjadikan ramalan saya selama ini benar belaka.

“Saya sudah menjangkakan keadaan ini akan berlaku. Ia memberikan tanda positif kepada PAS.

“(Tidak mustahil) kita untuk menghadapi satu pilihan raya baru,” tambah beliau.

Mengenai keputusan Mahathir yang enggan menyertai mana-mana parti politik walaupun beliau keluar Umno, Husam berkata PAS tetap akan membuka pintu kepada mantan perdana menteri itu.

“PAS memberi peluang kepada Mahathir untuk menyertai kita sekiranya beliau berminat, tiada sebab untuk kita menghalang. Bila-bila masa beliau boleh menyertai PAS,” jelasnya.

Isnin lepas Mahathir membuat pengumuman mengejut keluar dari Umno berikutan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu yang diterajui Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam kenyataannya Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: